Kata Pengantar ..

21:57 2 Comments A+ a-

Assalammualaikum dan salam sejahtera..


Untuk mengetahui dan mendalami ilmu yang berkaitan dengan supranatural dan spiritual ini anda harus lah bersedia belajar dan menerima terlebih dahulu. Jangan jadi manusia yang kurang cerdik, tidak pernah belajar tetapi terus saja menghukum tanpa usul periksa.

Keilmuan disini berteraskan kepada amalan-amalan zikir yang sudah di bai'ah khusus untuk kegunaan tertentu. Tanpa menggunakan sebarang media kemenyan, minyak wangi ataupun bunga-bunga mahupun sebarang sajian. Apatah lagi memberi makan kepada Jin. Jauh sekali.

Beza keilmuan disini adalah "muatan" ataupun "kandungan" zikir dan asma yang diamalkan, diketahui karakter energi yang terpancar dan diketahui usulnya. Tidak lah semudah mempelajari ilmu disini hanya dengan membayar mahar dan menerima buku amalan lalu dibiarkan begitu sahaja. Tapi anda akan dijamin, di pimpin dan diasah sehingga anda berjaya menyelesaikan masalah anda berbentuk fizikal atau pun batin.

Ini semua telah dibuktikan oleh beberapa orang anak murid saya dalam menghadapi masalah gangguan jin, histeria, Saka, Sihir dan juga masalah fizikal seperti putus cinta, tiada jodoh, orang benci serta Junjung derajat. InsyaAllah saya akan membimbing anda sehingga berjaya menyelesaikan masalah kehidupan anda.

Sudah pasti amalan ini memerlukan zikir yang dirutinkan. Tapi semuanya dalam masa yang pendek. Yang lamanya adalah anda akan diajar mengenai penghalusan ilmu dalam bentuk TAUHID, APLIKASI PENGGUNAAN, PENGAWALAN ENERGI dan EMOSI.

Semua amalan akan didasari dengan Keilmuan Tauhid dahulu agar anda tidak jauh terpesong. Sentiasa bertaut kepada Allah S.W.T agar tidak terjebak kepada kesyirikan Jali mahupun Khofi. Segala kejayaan dalam melaksanakan keilmuan berdasarkan kepada Proses penyerahan berserta KUNCI digabungkan bersama KEILMUAN FIZIKAL. Pengolahan keilmuan dalam bentuk amalan zikir dan olahan nafas yang disertai dengan maarifat ILMU.

Tiada sebarang kaitan dengan SAKA. kerana kami juga adalah menyelesaikan masalah SAKA. Akhir sekali. KESADARAN ILAHI + LOGIK + ILMU +EMOSI WARAS +  FIZIKAL TUBUH = Menghasilkan ENERGI PENYELESAI MASALAH. InsyaAllah semua masalah selesai..

~ Cikgu Lawi ~

Hubungi Saya di email saptaajimalaysia@gmail.com

2 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
22 November 2015 at 17:01 delete

Selamat bergabung dengan BSA.

Reply
avatar
Tok Merah
AUTHOR
31 December 2015 at 03:22 delete

salim Rahayu pak guru... Terima kasih kerana berkunjung ke laman saya.. mohon doa dari pak Sukma..

Reply
avatar