Induk Ibu Duit Bertuah (Bahagian 2)

17:12 1 Comments A+ a-

Assalammualaikum dan Salam sejahtera.
Kita sambung bahagian 2 tentang Induk Ibu Duit Bertuah.

Sememangnya rezeki itu sudah pun Allah tentukan.Tapi tiada siapa yang tahu berapa banyaknya rezeki yang diberikan.

Keraguan dalam diri kita adalah perkara berkaitan "TAKUT" tak ada duit, takut anak-anak tak makan, takut tak cukup, takut dianggap miskin dan macam-macam lagi perasaan "TAKUT" dalam diri kita. Bila ujian kekurangan duit berlaku, keresahan nya sangat tinggi, sampai nafsu syahwat pun gagal berfungsi bahkan lebih teruk sampai berkecainya pegangan akidah kita yang mutlaq. Mula menyalahkan pencipta kita, mula menyalahkan keadaan.

Hakikat sebenarnya semua keadaan susah senang yang berlaku dalam hidup kita sudahpun tertulis pada qada'..Dan Qadarnya berlangsung saat kita didunia..

Begitulah dahsyatnya pukulan duit dalam kehidupan hari ini.

Bukankankah Allah telah berfirman "Allah lah sebaik-sebaik pemberi rezeki". Hilang semua pegangan kita..Mengapa Perkara ini terjadi?

Cuba renungkan beberapa perkara ini :
1. Kita sebenarnya merasa tidak cukup terhadap apa yang telah Allah berikan.

2. Rasa sayang untuk bersedekah.Bila bersedekah pun hanyalah lebihan dari membayar makan dan minum kat mamak masuk dalam tabung dikaunter.

3.Mak ayah yang sebelum ni memberi kita wang/carikan makan setiap hari ketika kita kecil. Itu pun susah untuk kita balas dengan memberi mereka wang setiap minggu. Bahkan setiap bulan pun ada yang terlepas. Lebih teruk lagi, setahun sekali ketika aidilfitri sahaja.

4. Bila mana kita dapat rezeki/duit yang banyak, keinginan nafsu kita telah menguasai segala kehendak duniawi.Sehingga lupa setiap rezeki yang kita dapat ada milik orang lain.

PENYELESAIAN
1. Sediakan masa dan ruang untuk sedekahkan setiap duit yang kita dapat.maksudnya jadikan aktiviti sedekah kita sebagai rutin utama setiap kali dapat duit.  Sebelum ini kita dapat duit kita tumpu kepada perkara keinginan kita sahaja, tapi kita tukar kepada setiap kali dapat duit letakan dalam diri kita " Siapa yang patut untuk aku sedekahkan" sebagai perkara paling utama.

2. Jangan sayang untuk bersedekah dan memberi apa yang kita sayang. Selagi kita tidak memberi apa yang kita sayang, tidak akan sekali-kali kita dapat kebaikan.

3. Yakin pertolongan Allah akan datang tepat pada masa yang kita perlukan.

Nota: Bab YAKIN adalah satu perkara yang sangat berat untuk dikuasai melainkan dengab ilmu pengetahuan dan aplikasi dalam kehidupan.Setakat perkataan sahaja.ianya tidak menjadi apa-apa.

SUATU KAEDAH
Pada bahagian yang pertama telah saya terangkan bagaimana sifat sedekah dapat berfungsi apabila dirutinkan. Gabungan dengan satu ikhtiar Induk ibu duit bertuah yang merupakan satu garapan ilmu dan doa. InshaAllah menjadi satu senjata ampuh untuk poket kita tidak kering sampai ke lutut.Kerana dengan cara ini akan menjadikan diri anda berdisplin untuk bersedekah sehingga rasa resah kalau tak sedekah.Pernah anda rasa resah tak sedekah? Pernah rasa pening bila tk sedekah dengan cepat? Selalunya rasa resah bila tak cukup duit sahaja. InshaAllah dengan keilmuan ini akan mengubah pemikiran anda 360 darjah

Ringkasnya :
Ilmu + Doa + Sedekah yang rutin = Rezeki deras tanpa putus

Dibawah ini satu lagi contoh bukti Induk Ibu Duit Bertuah berkerja untuk bagi minggu ini dalam masa 2 hari selepas Induk Ibu duit note rm100 dan rm50 diberikan pada hari Ahad(16/12/18). Hasilnya pada Isnin(17/12/18) dan Selasa(18/12/18), nilai 17 kali ganda dah sampai.

***PENTING**
Ini adalah satu kaedah untuk menjadikan diri kita bersedekah secara rutin. Tiada yang berkuasa bagi keilmuan ini melainkan keyakinan yang HAQ dari Allah. Atau secara mudahnya, Ibu duit ini sebagai asbab kepada penderas rezeki yang kita tidak tahu apa yang telah Allah tentukan.

Itu lah raja'(rasa berharap) + ilmu + Sedekah

Bagi yang tidak mengenali Keilmuan ini Sila baca Induk Ibu Duit (Bahagian 1) terlebih dahulu.

1 comments:

Write comments
4 April 2019 at 10:20 delete

Saya dari indonesia. Sgt suka dgn penjelasan anda tentang Karomah Ilmu yg anda tawarkan. Unik dn Keren. Sy kenal BSA & Pak Sukma sejak tahun 2013 & Alhamdulillah msh blm ada Biaya untuk belajar hehehe. Pernah sy kesana sekali tapi tak pernh dtg2 lg krn tak punya Uang untuk sy kasih pak sukma baik untuk belajar mwpun untuk biaya makan2 disana heheh ... jika berkenan dapatkah doakan sy secara khusus agar sblm ramadhan sy bs belajar ilmu di bekasi krn sy di jakarta. Sy dhuafa/fakir miskin. Mungkin dgn Asbab Anda Allah tolong sy untuk bs belajar dgn Pa Sukma di Bekasi ... trmksh banyak.

Yg kaya dgn hartanya.
Yg pintar dgn otaknya.
Yg tampan dgn rupanya.
Yg fakir miskin dgn semangatnya.
Allahumma Shalli ala Muhammad wa Ala Ali Muhammad.
Wa Sallam alal Mursalin.
Walhamdulillahirabbilalamin.

Reply
avatar