Pengalaman Merawat Sihir, Histeria Sebenar & Histeria Mainan Perasaan Belaian Jiwa

09:12 0 Comments A+ a-

Berikut pengalaman saya sendiri ketika merawat, anda nilaikan sendiri. Saya tiada bukti video mahupun bergambar, kerana bagi saya itu semua tidak perlu, cukup saya bicara dari perkara yang tersimpan didalam hati, hati anda pasti merasai. :-



1. SIHIR
- Kes : Seorang peniaga kedai makan wanita.
- Tempat: Segamat Johor.
- Aduan : Mengadu disihir.
- Simtom :Badanya sakit-sakit dan bisa-bisa sampai tidak boleh masak dan sukar berjalan.
- Ikhtiar : Merawat ke seluruh Malaysia dari Johor sampai Kelantan

Rawatan terakhir di Kelantan, kata adik beradik pesakit ; sampaikan bomoh yang merawatnya pengsan,  tak mampu nak merawat sebab kuat sangat.(Bila membenarkan kekuatan mahkluk maka dia akan jadi kuat dalam pikiran manusia).. Saya hanya mencelah, "mungkin bomoh tu tak makan sebelum merawat" Adik beradik pesakit tu ketawa... . Adik beradik makcik tu bertanya lagi kepada saya apa gangguannya ? Saya hanya jawap "Entahlah , saya baca-baca doa sajalah dulu"..


- Keadaan ketika di rawat : Membebel dan mengarut bukan-bukan. Saya memang tidak berminat nak bertanya dari manalah, sapa nama lah dan tidak pula saya suruh dia keluar .. Saya hanya bacakan Alfatihah berulang-ulang dan makrifatkan Hizb Aurad yang diamalkan sambil dihati dan perasaan hening merayu kepada Allah agar makcik ni disembuhkan. Selepas lebih 30 minit dia pengsan.

Setelah 10 minit pengsan, makcik tu bangun dan meracau lagi sambil berkata tulang-tulangnya dah patah... Saya dah penat dan malas layan rungutan makcik tu (sebab tu bukan dia).. Saya bagi dia Air yang bercampur garam untuk diminum, dia kata pahit.. paksa minum jugak, lepas tu dia tidur..., ... besok lusa sambung lagi... Diulang selama 3 hari. Hari keempat, Alhamdulillah disembuhkan Allah dan sekarang berniaga seperti biasa dan sehat seperti sediakala. Saya berikan dia sedikit amalan dari beberapa potongan Hizb Aurad...


2. HISTERIA
- Kes : Histeria
- Tempat : Sebuah sekolah di Johor Bahru
- Aduan : 8 orang budak perempuan menjerit tak berhenti macam orang tak betul
- Simtom : Kesemuanya mata hitam naik ke atas (Real Histeria) & Kuat getaran gangguan.
- Ikhtiar : Dah dibawa kerumah perawat yang berdekatan. Satu malam budak-budak nie tak tidur. dah dekat subuh baru tidur..

Pagi-pagi bangun dah sedar hantar ke asrama semula.. Sampai asrama.. menjerit-jerit lagi sampai lah ke Zohor.. berhenti.. Dekat nak asar sambung lagi jerit.. Saya datang lepas asar semua dalam keadaan menangis sedu-sedu... Bacakan Tawasul terus menjerit dan bangun nak lari... Aduh.. gawat.. saya suruh cikgu -cikgu tutup pintu dan mana yang tak berkenaan sila lah keluar... Siap jer baca dengan olahan nafas semuanya senyap seketika...Legaaaa... ingat dah sudah..Tiba-tiba sorang menggilai macam  cerita pontianak ...lepas tu menjerit.. Start je sorang jerit semua jerit balik.. Ada sorang cikgu Non Muslim tanya "Ustaz, kenapa dia ada lagi? dia ada banyak ke? " Saya jawap "Entah ler, saya pun tak nampak".. Sambung balik baca sambil fokus batin diri merayu kepada Allah agar disembuhkan budak-budak ni.. gunakan air + garam lagi... setelah 15 minit Alhamdulillah semua pulih tapi dalam keadaan lemah.. Kebetulan selepas pulih, sebahgiaan mak ayah budak nie pun sampai... maka ditambah dengan belaian kasih sayang mak ayah sambil memanggil2 nama mereka.. bertambah pulih lah mereka.. Alhamdulillah

3. HISTERIA MENGADA-NGADA

- Kes : Histeria buat-buat
- Tempat : Sebuah sekolah di Johor Bahru
- Aduan : 11 orang budak perempuan asrama menjerit tak berhenti macam orang tak betul
- Simtom : Kesemuanya menjerit dan menangis tapi tak de yang mata hitam naik atas kecuali seorang sahaja yang agak agresif dan riak mukanya lain macam sikit.. Yang lain lebih kepada melayan perasaan...
- Ikhtiar : Saya first incharge...

-  Saya sampai, saya pergi ke sorang-sorang pesakit (Semua berada diposisi yang berbeza). tidak terasa sangat getaran gangguanya kecuali seorang sahaja... yang lain tu baca-baca jerlah apa yang patut... bagi air yang dicampur garam.. sedar..sebab tak agresif more kepada MAINAN PERASAAN... Yang sorang nie ganas sikit.. 15 minit prosedur biasa... lepas tu diam dan sedar.. case close...

Punca: Hari pertama bersukan + aktiviti asrama yang padat.. Budak-budak stress maksimum... tu yang tak tahan tu... Budak-budak sekarang banyak yang lembik sebab mak bapaknya pun lembik.. jiwa pun kosong... Inilah hasilnya....

Konsep Gangguan : Jin kacau-kacau sikit + perasaan sensetif seorang perempuan...maka berlarutan... Kes berlarutan sampai 2 minggu.. setiap hari ada jer yang menjerit tapi tak kronik... saya suruh cikgu diaorang handle dengan amalan-amalan yang mudah berserta dengan SARANA KEYAKINAN... nak tau apa sarana keyakinan tu? tunggu post akan datang.. "Mengubat manusia hanya dengan kata-kata Gurauan "
...

**Ikut petua guru saya yang lain, budak histeria nie simbah je dengan air atau cucuh dengan api.. kalau cakap sakit tu bukan lah tu.. tapi cucuh api kang jadi kes dera...