Memiliki Karisma Wibawa & Awet Muda

20:27 0 Comments A+ a-

Tidak terdaya kita walau satu apa pun, Itu hakikatnya. Meletakan yang hakikat pada tempatnya. meningkatkan penyerahan akidah kita yang Haq. Itulah zat yang berdiri. Maka diri kita tempat zahirnya yang hakikat.

Kewibawaan , Karisma, Segak, Awet muda, muka berseri bila disalah erti maka lain yang mengisinya. Didalam keilmuan Bumi sapta aji ini. Segala sifat-sifat kelebihan yang dinyatakan itu tadi hakikatnya milik Allah, maka kita yang duduk di maqam asbab, maka carilah asbab untuk mendapatkannya asalakan tidak meminggirkan hakikatnya.

 Begitulah rahsia jadinya dan zahirnya sesuatu keilmuan. Tidaklah dengan mengamlkan zikir tertentu kita akan jadi awet muda. Melainkan keyakinan yang timbul didalam hati kerana percaya zikir tersebut menjadikan awet muda. Bahkan jika di niat pada yang lain dengan zikir yang sama tadi juga akan jadi mengikut apa yang diniatkan. Begitulah permainan dan talbis Iblis dalam zikir kita.

Zikir itu dizahirkan bukan atas dasar untuk jadi sesuatu mengikut kehendak kita. JIka itu yang diletakan dimana keikhlasannya? Bila tiada keikhlasan pastinya ada yang menumpang.