Keilmuan Hizb Aurad

07:10 0 Comments A+ a-

Hizb Aurad


Keilmuan ini adalah gabungan ringkas dari beberapa 6 potongan asma' dari ayat al-Quran. Setiap potongan ayat itu mempunyai usulnya tersendiri yang sesuai dengan erti dan maksudnya. Energi yang terbentuk dari setiap potongan ayat itu berbeza dari satu yang lain. Dan mempunyai kekuatan energi khusus dari gabungan keenam-enam potongan ayat itu. Segala rahsia keilmuan ini akan dihuraikan ketika pengijazahan dalam syarah selama 2 hingga 4 jam.

Asmak yang diamalkan adalah potongan ayat biasa ataupun kalimah biasa yang sering dijumpai didalam Al-Quran. Yang membezakanya adalah kaedah pembai'ah ilmu dengan bersanad dari guru kepada guru -guru sebelumnya. Serta kandungan dan intipati ilmu yang sangat berbeza dan tidak dikupas kegunaanya oleh guru spiritual yang pernah saya jumpai.

Kegunaanya meliputi 200 kegunaan dan kesaktian. Kegunaan utama hizb ini adalah lebih menjurus kepada PERLINDUNGAN dan PAGARAN pemilik dari segala bentuk energi kejahatan mahupun niat yang jahat dari seseorang. Ia juga menjadi senjata yang ampuh yang mampu digunakan untuk menyerang dalam menghadapi perang ghaib untuk memusnahkan segala bentuk gangguan Jin dan Syaitan dalam bentuk Histeria dan kesurupan..

Keupayaan pengamal keilmuan ini akan mampu merasakan getaran-getaran secara fizikal apabila berada dalam linkungan penguasaan ataupun tempat yang mempunyai Jin yang ada sifat menyerang @ mengganggu @ mempengaruh. Selain itu anda juga akan dibekali teknik memulangkan kembali serangan ghaib dalam bentuk sihir ataupun santau.

Karisma pengamal keilmuan ini akan meningkat dan pancaran aura pengasihan akan tersebar apabila amalan sering diaktifkan. Dari pengalaman lalu, pengamal juga akan menerima banyak penghormatan dari orang ramai tanpa diminta. Amat sesuai diamalkan bagi mereka yang sering di perli, dikutuk, dibuli ataupun "dibahan" oleh kawan-kawan. InsyaAllah anda akan merasakan kelainan dari kehidupan anda yang murung sebelum ini. Dengan jiwa dan hati yang sabar serta istiqamah, anda akan merasakan kelebihan dari hizb ini.

Pengamal ilmu ini akan memiliki kepekaan bathin, kepekaan ghaib, naluri, indera ke 6, daya laduni. Ini semua telah dibuktikan oleh anak murid sebelum ini. Fenomena "rasa" tentang sikap seseorang yang berada didepan kita pasti sering berlaku. Hati dan naluri akan merasakan kebenaran atau penipuan orang yang sedang berkata-kata. Serta sering berlaku lintasan hati yang mengatakan sesuatu yang belum berlaku. Ini adalah perkara biasa bagi pengamal keilmuan ini. Tetapi harus berhati-hati.

Bagi orang yang mengamalkan ilmuan hitam atau memiliki hantu raya, pengamal ilmu ini akan mudah terasa dan mendeteksi energi hitam. InsyaAllah hanya dengan Taawuz disertakan Asma' yang terpilih. Orang yang memiliki keilmuan tersebut tidak akan selesa dengan anda.

Keilmuan ini perlu kepada amalan agar keupayaan energi yang terbentuk dapat digunakan sesuai dengan sebarang hajat kita. Dan jangan terperanjat seandainya anda mampu mengubati orang yang dirasuk, menerima penghormatan yang tinggi, diminati ramai gadis dan banyak benda yang tidak disangka datang secara tiba-tiba tanpa diminta. Ini semua ada perkara biasa pengamal keilmuan ini. Serta banyak lagi rahsia yang tidak didedahkan disini.

KELEBIHAN HIZB AURAD - Part 2

MAHAR : RM 387

** Boleh mencuba rasa getaran  dari 1 pengijazahan asma sebelum mengambil ijazah lengkap.
** Hadir diri berjumpa saya adalah yang terbaik
** Untuk jarak jauh anda perlu telefon saya 

Sila hubungi saya melalui email saptaajimalaysia@gmail.com terlebih dahulu..