Hilangkan Sihir, Saka, Guna-guna, Ain & Niat Jahat Manusia melalui Diri Sendiri.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.Zaman yang semakin maju ini masih ada lagi orang yang terlibat dengan sihir, saka, gangguan Jin, Pukau dan bermcaam-macam lagi. Kebiasaanya orang yang mengadu disihir, ada saka, di pukau, ada Jin sifatnya panik, gelisah, sedih, murung dan gundah gulana.
Anda habis duit beribu-ribu, jumpa perawat kesana dan kemari tidak kunjung juga sembuhnya. Habis dipusing satu Malaysia nie mencari penyembuh tidak juga hilang sakit dan deritanya. Pulak di tambah lagi dengan berita-berita yang disampaikan tukang sembuh bahawa anda memiliki saka, ada jin dari keturunan nenek moyang. Anda mewarisi ilmu hitam dari pusaka dan bermacam lagi lah. Bila jumpa perawat begitu itu dinamakan KAHIN. Nabi melarang jumpa mereka.
Pikiran jadi semakin runsing, pantang dapat rasa sakit sikit mula lah pikir macam-macam, saka dah datang lah , bila malam dengar macam-macam, ada orang beri bisikan dan mimpi yang bukan-bukan. Percayakah anda KEBANYAKANNYA itu semua hanyalah PERASAAN dan KHAYALAN yang anda cipta sendiri hasil dari berjumpa dengan perawat-perawat KAHIN (Suka menambah-nambah cerita terhadap perkara yang anda tidak nampak).
Contoh logiknya: anda mungkin demam biasa atau pun mungkin demam yang panjang sangat, dan anda berjumpa doktor, doktor andaikan anda menghidap penyakit KANSER.. Apa perasaan anda selepas itu? .Bagaimana aras kewarasan anda? Kalau tidak ada siapa yang berikan sokongan kepada anda, anda akan rasakan perkara negatif sahaja dalam kehidupan anda. Penyakit fizikal tu ada alatan yang boleh mengesannya, sekurang-kurangnya masih kelihatan buktinya.

Berbeza halnya dalam penyakit mistik. Kalau penyakit mistik anda tidak nampak gangguanya dimana berada. Yang ada hanyalah PERCAYA kepada kata-kata perawat yang belum tentu betul ataupun tidak. Jadinya kata-kata perawat yang mengandaikan jenis ataupun sifat gangguan yang ada pada anda adalah tidak boleh dipercayai... Kenapa kata-kata perawat tentang maklumat ghaib tidak boleh dipercayai?? Kerana tidak ada ketepatan yang pasti.. Kalau tidak percaya jumpa 3 orang perawat yang berbeza dan tanya apa gangguan anda..Adakah sama jawapan mereka??? Kalau sama, anda pasti STRESS... kalau tak sama tanda tiada ketetapan terhadap penyakit anda
Bukanlah saya menolak kewujudan gangguan mahkluk-mahkluk itu. tapi itulah kunci NAFI dan ISBAT dalam diri kita melalui SYAHADAH yang kita ulang-ulang setiap hari. Gangguan dari mereka tetap ada cuma kadarnya berbeza ada yang sedikit dan ada yang banyak. Kadang-kadang sikit je gangguanya tapi mengada-ngadanya lebih .......................
Maka pulih dan kuatkan lah dulu jiwa kita sebelum penyakit mendatang....
Cukup disini saya sampaikan dengan membaca "kalimah Syahadah" yang diulang-ulang sebagai sarana untuk membina HARAPAN dan TAKUT kita kepada Allah.
Jika anda ingin mendapatkan zikir khas dalam membina jatidiri dan wibawa kewarasan fikiran, ambil lah Ijazah Hizb Aurad ini.. InsyaAllah banyak manfaatnya.....
Hubungi saya di email saptaajimalaysia@gmail.com