Salah Faham Konsep Rawatan Jarak Jauh
Rawatan Jarak jauh sering di salah ertikan. Antara salah faham dalam konsep rawatan ini adalah :-
- Perawat mengirim Jin / Hantu Raya belaan / khadam dan sebagainya untuk merawat.
- Perawat Menggunakan bantuan mahkluk Ghaib.
- Perawat menggunakan sihir dalam mengubat.
Semua perkara di atas memang juga boleh berlaku sekiranya menggunakan sahabat dan juga bantuan dari kalangan Jin & Syaitan. Tapi yang membezakan rawatan disini ialah saya :-
- Tidak menggunakan sebarang perantaraan dari kalangan mahkluk ghaib.
- Tidak melakukan sihir kepada orang yang di rawat.
- Tidak menghantar sebarang jin mahupun khadam.
Saya hanya melakukan perkara berikut :-
- Doa & Solat hajat khusus untuk orang yang dirawat.
- Tabaruk dari Tirakat zikir yang diamalkan dengan harapan energi khas yang terbentuk dari zikir itu mampu merawat pesakit.
- Pengisian juga bermaksud DOA. Didoakan agar orang yang diisi itu mendapat keberkatan dari zikir yang dibacakan.
" Konsepnya mudah untuk di fahami. Anda sedang belajar diluar negara. Ketika menjelang peperiksaan, anda menghubungi kedua orang tua anda mohon di doakan agar mudah menjawab peperiksaan. Bukankah itu memohon keberkatan dari kedua orang tua secara JARAK JAUH.? "
Cumanya disini, saya menggunakan asas mudah memohon kepada Allah dengan keberkatan dari zikir-zikir yang telah diamalkan oleh guru-guru saya sebelum ini. Memohon keberkatan dari Allah sebagai mana Allah memberi keberkatan terhadap Kekasih-kekasih Allah, Wali-Wali Allah dan juga guru-guru saya agar orang yang dirawat mendapat kesembuhan.
Setiap zikir yang diamalkan akan terbentuk kapasiti energi tersendiri memberi kesan kepada pengamal bergantung NIAT nya. sebab itu disini Penggunaan NIAT amat penting sekali.
Kita meyakini bahawa ALLAH adalah PENYEMBUH, kita hanya MEMINTA. Akan tetapi untuk Allah berikan kita kesembuhan pasti memerlukan ASBAB (SEBAB). YA, salah satunya melalui zikir dan kaedah keilmuan yang ada dalam perguruan ini. Kita duduk di Maqom ASBAB, maka perlu cari sebab, BERBEZA jika kita duduk di Maqom TAJRID. Tapi siapakah kita untuk duduk di Maqom TAJRID?? ...
Contohnya : " Anda pening kepala,(sakit) anda makan panadol (ikhtiar) menjadikan (asbab) anda sehat kembali, Sedangkan Allah jua lah yang menyembuh (Hakikat)..
Semoga anda mendapat manfaat ringkas dari coretan saya.. sekian..