Showing posts with label ibu duit. Show all posts
Showing posts with label ibu duit. Show all posts

Induk Ibu Duit Bertuah (Bahagian 2)

Assalammualaikum dan Salam sejahtera.
Kita sambung bahagian 2 tentang Induk Ibu Duit Bertuah.

Sememangnya rezeki itu sudah pun Allah tentukan.Tapi tiada siapa yang tahu berapa banyaknya rezeki yang diberikan.

Keraguan dalam diri kita adalah perkara berkaitan "TAKUT" tak ada duit, takut anak-anak tak makan, takut tak cukup, takut dianggap miskin dan macam-macam lagi perasaan "TAKUT" dalam diri kita. Bila ujian kekurangan duit berlaku, keresahan nya sangat tinggi, sampai nafsu syahwat pun gagal berfungsi bahkan lebih teruk sampai berkecainya pegangan akidah kita yang mutlaq. Mula menyalahkan pencipta kita, mula menyalahkan keadaan.

Hakikat sebenarnya semua keadaan susah senang yang berlaku dalam hidup kita sudahpun tertulis pada qada'..Dan Qadarnya berlangsung saat kita didunia..

Begitulah dahsyatnya pukulan duit dalam kehidupan hari ini.

Bukankankah Allah telah berfirman "Allah lah sebaik-sebaik pemberi rezeki". Hilang semua pegangan kita..Mengapa Perkara ini terjadi?

Cuba renungkan beberapa perkara ini :
1. Kita sebenarnya merasa tidak cukup terhadap apa yang telah Allah berikan.

2. Rasa sayang untuk bersedekah.Bila bersedekah pun hanyalah lebihan dari membayar makan dan minum kat mamak masuk dalam tabung dikaunter.

3.Mak ayah yang sebelum ni memberi kita wang/carikan makan setiap hari ketika kita kecil. Itu pun susah untuk kita balas dengan memberi mereka wang setiap minggu. Bahkan setiap bulan pun ada yang terlepas. Lebih teruk lagi, setahun sekali ketika aidilfitri sahaja.

4. Bila mana kita dapat rezeki/duit yang banyak, keinginan nafsu kita telah menguasai segala kehendak duniawi.Sehingga lupa setiap rezeki yang kita dapat ada milik orang lain.

PENYELESAIAN
1. Sediakan masa dan ruang untuk sedekahkan setiap duit yang kita dapat.maksudnya jadikan aktiviti sedekah kita sebagai rutin utama setiap kali dapat duit.  Sebelum ini kita dapat duit kita tumpu kepada perkara keinginan kita sahaja, tapi kita tukar kepada setiap kali dapat duit letakan dalam diri kita " Siapa yang patut untuk aku sedekahkan" sebagai perkara paling utama.

2. Jangan sayang untuk bersedekah dan memberi apa yang kita sayang. Selagi kita tidak memberi apa yang kita sayang, tidak akan sekali-kali kita dapat kebaikan.

3. Yakin pertolongan Allah akan datang tepat pada masa yang kita perlukan.

Nota: Bab YAKIN adalah satu perkara yang sangat berat untuk dikuasai melainkan dengab ilmu pengetahuan dan aplikasi dalam kehidupan.Setakat perkataan sahaja.ianya tidak menjadi apa-apa.

SUATU KAEDAH
Pada bahagian yang pertama telah saya terangkan bagaimana sifat sedekah dapat berfungsi apabila dirutinkan. Gabungan dengan satu ikhtiar Induk ibu duit bertuah yang merupakan satu garapan ilmu dan doa. InshaAllah menjadi satu senjata ampuh untuk poket kita tidak kering sampai ke lutut.Kerana dengan cara ini akan menjadikan diri anda berdisplin untuk bersedekah sehingga rasa resah kalau tak sedekah.Pernah anda rasa resah tak sedekah? Pernah rasa pening bila tk sedekah dengan cepat? Selalunya rasa resah bila tak cukup duit sahaja. InshaAllah dengan keilmuan ini akan mengubah pemikiran anda 360 darjah

Ringkasnya :
Ilmu + Doa + Sedekah yang rutin = Rezeki deras tanpa putus

Dibawah ini satu lagi contoh bukti Induk Ibu Duit Bertuah berkerja untuk bagi minggu ini dalam masa 2 hari selepas Induk Ibu duit note rm100 dan rm50 diberikan pada hari Ahad(16/12/18). Hasilnya pada Isnin(17/12/18) dan Selasa(18/12/18), nilai 17 kali ganda dah sampai.

***PENTING**
Ini adalah satu kaedah untuk menjadikan diri kita bersedekah secara rutin. Tiada yang berkuasa bagi keilmuan ini melainkan keyakinan yang HAQ dari Allah. Atau secara mudahnya, Ibu duit ini sebagai asbab kepada penderas rezeki yang kita tidak tahu apa yang telah Allah tentukan.

Itu lah raja'(rasa berharap) + ilmu + Sedekah

Bagi yang tidak mengenali Keilmuan ini Sila baca Induk Ibu Duit (Bahagian 1) terlebih dahulu.

Induk Ibu Duit Bertuah

Keresahan yang paling teruk dalam kehidupan manusia kat dunia ni apa ya?  Sudah smestinya duit.. hari-hari orang akan terlibat dengan masalah duit, hutang,  pinjaman,  gaduh pasal duit dan sampai berbunuh-bunuh tentang mahkluk yang bernama duit.. Dan kita biasa dengar orang cakap "Bukan dapat duit pun" terhadap sesuatu perkara yang orang lain buat tapi yang bercakap menilai perbuatan itu tidak mendatangkan keuntungan. Hidup kita bukan untuk duit. Tapi menjalani ujian didunia.. Bila duit dah surut je mulalah resah kerisauan. Tak senang duduk. Senang cerita apa saja aktiviti manusia hari nie semuanya nak cari duit.  Pagi petang siang malam hidupnya duit. Seakan-akan kata ini sinis bagi pencari duit. Bukanlah posting ini nak menerangkan salahnya cari duit. Tapi apa yang nak disampaikan dalam posting ini ialah tentang betapa perlunya duit dalam kehidupan hari ini dan cara kita mengawalnya.

Penulis juga mempunyai masalah kewangan kerana itu lumrah dunia hari ini.. kerakusan kehendak kita terhadap sesuatu membuatkan kita gagal dalam menguruskan kewangan sehinggalah terjadinya masalah kewangan dalam hidup. Tapi bersyukur kehadrat ilahi kerana Allah temukan jalan keluar bagi setiap masalah. Apa rahsia jalan keluar dari masalah kewangan? jawapannya adalah JANGAN ADA RASA SAYANG UNTUK SEDEKAH . Setiap pemberian yang kita sayang itulah pemberian yang terbaik dan akan dibalas Allah berlipat kali ganda. Fahami dalam-dalam ayat surah ali Imran ayat 92.

Baik. seterusnya, kita tinggalkan dahulu sektika tentang sedekah.  Kita masuk pula tentang sifat duit. Kata guru saya Duit itu ada rohnya.. tak kira duit dari matawang apa sekalipun. Kalau tak, mana kan sanggup orang berbunuhan kerananya.  Jadinya setelah mendalami keilmuan sebuah keilmuan INDUK IBU DUIT BERTUAH.. saya telah menemui satu kaedah dalam menjadikan duit yang kita ada sebagai Ibu, ayah dan anak duit untuk dia berkerja memanggil rakan-rakanya yang lain. Bunyinya macam ya tak ya..  Tapi keyakinanlah yang menjadikan usaha ini berhasil. Duit ini mempunyai nama ghaib nya sendiri. Nama itu membentuk sifat sesuatu duit..Disini saya memperkenalkan sebuah keilmuan INDUK IBU DUIT BERTUAH yang telah saya praktikan dan telahpun menemui hasilnya. Keilmuan ini tidak saya ijazahkan,  akan tetapi INDUKNYA yang telah diilmukan sahaja ingin saya maharkan. Ijazah hanya untuk yang layak dan serasi sahaja seperti yang dinyatakan dibawah nanti. Dimana Induk duit yang digunakan adalah note RM100 atau RM50 yang telah dibangkitkan asmak dan sifatnya. Induk Ibu duit bertuah ni bukan semua note boleh dibangkitkan asmaknya. Tapi hanya note tertentu yang mempunyai tanda-tandanya sendiri dan sudah pun menjalani proses yang akan diberitahu kepada pemilik nya sahaja. Tanda itu tidak perlu saya utarakan disini.  Dan setiap minggu, hanya 10 keping note RM100 dan 5 keping Note RM50 yang boleh sya bangkitkan asmaknya..

Ibu duit bertuah ini bukan lah duit boleh beranak sendiri sampai penuh dalam laci simpanan. Tidaklah juga ibu duit ini akan menzahirkan duit-duit ghaib dan bukanlah jua boleh digunakan untuk menarik duit dari alam sebelah. Tapi ia sebagai sarana usul kejadian sifat duit yang mengundang rezeki dengan lebih cepat dan deras. InshaAllah dibuktikan dalam tempoh 3 hari paling cepat sebulan paling lama.

TATACARA PEMAKAIANNYA
Mudah sahaja.  Setelah anda maharkan ibu duit bertuah ini. Anda hanya perlu letak didalam dompet atau tempat laci simpanan duit anda. Adalah sangat sesuai untuk PENIAGA.Peniaga Online pun boleh..  Orang yang tak meniaga boleh juga. Tapi agak lambat sedikit sebab duitnya tidak keluar masuk.

Seterusnya jika anda maharkan Ibu Duit Bertuah tersebut anda akan diberikan beberapa kalimat ringkas untuk anda baca dan beberapa point badan yang perlu anda goreskan ibu duit tersebut. Setelh gores anda bergerak lah ikut rasa ilham yang diberikan nanti kemana arah untuk mencari rezeki.

Selanjutnya setelah anda  mendapat nilai sebanyak 10 kali ganda dari nilai induk tersebut. Contoh mahar indujk RM100, dapat RM1000,anda perlu satukan yang dapat tadi dengan induk dalam tempoh 1 waktu mana2 waktu solat. Contoh dapat maghrib.. lepas isyak dh bagi kepada yang berhak. Seterusnya induk tersebut perlu di SEDEKAHKAN kepada yang memerlukan, seperti orang miskin ,anak yatim,  orang berhutang, ibu tunggal,  musafir,  pelajar ataupun paling mudah mak ayah anda. Diberikan mesti bersalaman dan cium tangan.. (Salam keruk) .Walaupun budak lg muda dari anda,  diharuskan anda cium tangannya.. Kalau anda berikan berlainan jantina bukan mahram tidak perlu salam. ckup berikan menggunakan tangan. Transfer online tidak dibenarkan. Ingat!!!  Nak sedekah anda yang kena cari orang,  bukan tunggu orang datang.

Sekiranya duit yang anda dapat sedikit-sedikit.. contoh hari ni 200, besok 300 lusa 500 tapi anda perlu rolling duit tersebut. Anda ambil yang dapat dan satukan dengan induk dahulu lepas tu baru gunakan. (Masukan dalam tempoh 1 waktu solat adalah lebih baik, jika terlalu urgent,  masuk seminit pun tak mengapa) dan bila penyatuan itu dah cecah 10 kali ganda. Anda sedekahkan induk tersebut seperti yang dinyatakan diatas.

Baik.. selepas anda sedekahkan Induk tersebut maka anda sudah tiada induk. Caranya begini. Setelah sedekahkan duit induk. anda maklumkan pada saya melalui whatsapp dan saya akan tukarkan dengan induk yang lain dengan nilai note yang sama. Cuma anda tanggung kos pos rm10..Contoh awal anda mahar induk rm100.. anda transfer saja pada sya rm100 + kos pos.. saya akan kirimkan induk rm100 yang telah diasmak kan. Kaedah ini hanya sebanyak 10 kali sahaja. Selepas anda mendapat nilai 10x10 bererti anda dah dapat 100 kali ganda nilai induk proses seterusnya anda perlu ambil ijazah ilmu ini secara bersemuka. kerana itu tanda ilmu Induk Ibu duit bertuah ini boleh anda warisi. Dan anda buat sendiri selepas itu.

UJIAN DAN SIFAT
1. Sesetengah orang akan menerima ujian setelah mahar induk langsung tidak ada duit lain kecuali duit induk sahaja. Pertahankan selama yang boleh. Sekiranya setelah seminggu kalau anda boleh tahan tapi langsung takde duit masuk juga. Anda perlu sedekahkan induk tersebut.Dan selepas 3 Bulan sedekah anda tetap tak sampai nilai 10 kali ganda saya akan pulangkan 50% dari nilai mahar anda. Dan anda tidak boleh buat induk dari saya lagi.

2. Sesetengah orang diberi ujian langsung duit habis tinggal induk. Setelah 3 hari ada rezeki yang tidak disangka. Maka segerakan proses sedekah induk.

3.Sesetengah orang tiada ujian.. Selepas Mahar induk, duit tak habis, tapi duit makin laju masuk.. Itu rezeki bahagian anda. Tapi ingat.. segerakan sedekah induk. bila nilai dah jejak 10 kali ganda nilai induk.

4. Sesetengah orang rezekinya deras pada induk pertama. tapi bila induk kedua dan seterusnya rezeki ada slow.  Perbetulkan niat sedekah anda. Tiada jaminan pulangan selepas induk kedua.

5 Sesetengah orang dapat induk terus berhasil,  dan terus sedekah induk. selang beberapa hari ujian kewangan BESAR yang tak disangka anda terima. dan tinggal induk kedua sahaja.. Anda kena bersabar dan tenang. Anda kena yakin bahawa selepas kesusahan akan ada kesenangan. Buat macam biasa sahaja. Bangun malamsolat dan istighfar banyak2.

6.Paling untung.Sesetengah orang tiada masalah,  dapat induk terus semuanya berjalan lancar sehingga 10 kali..

Dibawah ini saya tunjukan screen shot induk RM100 selepas seminggu diasmak kan menghasilkan 39 kali ganda nilai induk.Ini rezki yang tidak disangka-sangka.Dan saya tidak memikirkannya pun.. Hanya dengan 1 panggilan telefon sahaja. Dan screenshot induk RM50 menghasilkan 10 kali ganda selepas 3 hari induk rm100 menghasilkan tuai..
Induk note RM 100
9/12/2018


Induk note Rm50

Contoh Induk dan gandaanya
13/12/2018


**Akhir sekali.. anda jelaskan bagaimana induk berkerja dengan gandingan kekuatan sedekah..

Jika anda berminat dan rasa yang kuat, Silakan tebus mahar tersebut :

NILAI MAHAR
Induk Note RM100 - RM438
Induk Note RM50 - RM279

Whatsapp : 01121852548